Wednesday, June 22, 2011

SUKANEKA TINGKATAN 6 RENDAH 2011

Pada 15 Jun 2011, Majlis Perwakilan Pelajar Pra U SMK Munshi Sulaiman telah menjalankan aktiviti sukaneka bagi tingkatan 6 rendah 2011. Pelbagai acara telah dijalankan. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar tingkatan 6 Atas dan 6 Bawah.

 

 

 

 

 

HARI GURU

Pada 16 Mei 2011 SMK Munshi Sulaiman telah mengadakan aktiviti persembahan Hari Guru. Aktiviti ini dihadiri semua pelajar SMK Munshi Sulaiman. Pelbagai aktiviti persembahan telah dijalankan.

 

 

 

KURSUS KEPIMPINAN

Pada 1 Mac 2011, SMK Munshi Sulaiman telah mengadakan satu kursus kepimpinan bagi tingkatan 6 dan beberapa pelajar daripada menengah rendah. 

 

 


KARNIVAL TINGKATAN 6

Pada 30 April 2011, satu karnival telah diadakan. Karnival ini disertai oleh semua pelajar tingkatan 6 di seluruh Batu Pahat, Johor. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu pertandingan pentaque dan bowling.

 

 

MEREKACIPTA BARANGAN TERPAKAI

Pada 30 Mac 2011, Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPPU) SMK MUnshi Sulaiman telah mengadakan satu aktiviti merekacipta barangan terpakai. Aktiviti ini disertai oleh semua pelajar tingkatan 6 atas 2011.

 

 

LATIHAN KEBAKARAN

SMK Munshi Sulaiman telah mengadakan aktiviti latihan kebakaran. Latihan ini diadakan bertujuan untuk memastikan pelajar-pelajar berada dalam keadaan selamat sekiranya terdapat kebakaran yang berlaku di sekolah. Latihan ini disertai oleh semua pelajar dan guru-guru SMK Munshi Sulaiman.

 

 

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PANTAI PUNGGOR

Pada 12 Mac 2011 pelajar tingkatan 6 telah menyertai satu aktiviti iaitu membersihkan Pantai Punggor. Aktiviti ini disertai oleh pelajar tingkatan 6 SMK Munshi Sulaiman dan beberapa guru pengiring. Aktiviti ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang penduduk kampung dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).